May 14, 2026 |
Recipes
Bahan-bahan yang diperlukan
1/2 kg ubi kentang
2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
200 gm daging kisar
Serbuk lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
2 tangkai daun sup (hiris)
2 tangkai daun bawang (hiris)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
Enak dihidang besama Soto Ayam!

– Potong kecil kentang dan goreng sehingga empuk
– Bawa keluar kentang yang telah digoreng, toskan minyak dan tumbuk lumat
– Gaulkan bersama bahan-bahan, kecuali putih telur yang telah diasingkan
– Bentukkan bulat dan sedikit leper
– Panaskan minyak
– Celupkan bergedil yang telah dibentuk dan celup ke dalam putih telur sebelum digoreng
– Goreng hingga cukup masak dan hidang!