Cara-cara hilangkan bau hanyir ayam

Pernah mengalami hidangan ayam yang berbau hanyir walaupun setelah dibasuh? Ini antara cara cara untuk hilangkan bau hanyir dengan menggunakan bahan di dapur sahaja.

  1. Halia: Parutkan halia dan gaulkan pada ayam, enzim dalam halia boleh memecahkan protein dan menghasilkan ayam yang tiada bau dan juga lebih cepat empuk bila dimasak.
  2. Nenas: Gaulkan parutan nenas dengan ayam dan biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih.
  3. Limau nipis: Hanya perahkan jus limau pada daging dan gaul rata, kemudian cuci bersih sebelum dimasak. Bau dan masam limau nipis bukan sahaja dapat hilangkan bau hanyir, malah dikatakan mampu membuat ayam tahan lama.

 

Petua ini inspirasi dari rasa.my