Home Tips

ELAKKAN BAJU KERAS SELEPAS DIJEMUR

Pakaian anda menjadi keras dan terlalu kering bila menjemur pakaian di bawah sinaran matahari? Ini antara beberapa cara untuk membuatkan pakaian anda kekal lembut meskipun dijemur seharian di ampaian.

  1. Cuka putih:Tambahkan satu sudu kecil cuka putih ke dalam mesin basuh pada bilasan terakhir untuk membantu melarutkan sisa bahan pencuci yang digunakan. Cuka juga bertindak sebagai pelembut pakaian semula jadi.
  2. Kurangkan serbuk pencuci:Penggunaan serbuk pencuci berlebihan boleh menyebabkan pakaian menjadi keras ketika dijemur. Jadi cuba kurangkan penggunaan serbuk pencuci untuk elakkan baju anda keras.
  3. Perah: Jika anda cuci mengunakan tangan, perah pakaian anda dengan baik bagi memastikan lebihan air dan bahan pencuci tidak melekat pada pakaian.

Artikel ini di inspirasikan oleh mstar.com.my