Jaw-dropping Bread Pudding

Resepi Puding Roti

Bahan-Bahannya:-
10-12 keping roti - potong 4 @ ikut suka lah nk koyakkan canner pun
800ml @ lebih susu segar (bergantung pada roti yg digunakan)
2 biji telur gred A
1 camca essen vanilla
2 sudu tepung jagung
2 sudu butter
7 sudu gula (nk manis lg boh ler lebih)
Secubit garam
Kismis/coklat chips/coklat rice/almond flakes

1. Dalam loyang susun roti yg dah dipotong² & letakkan susu sikit demi sedikit selang seli dgn adunan butter & telur. (cara buat adunan butter ada kt bawah)
2. Taburkan kismis/coklat rice/coklat chips atas roti
3. Lapiskan lagi roti dan ulangi langkah 1 & 2 sampai roti habis. Pastikan semua roti basah dgn susu segar.
4. Biarkan roti terendam dlm 1/2 jam. Pastikan yg atas sekali tuang adunan butter.

Adunan butter & telur:

1. Masukkan telur, essen vanilla, gula, butter, garam dan tepung jagung dlm pengisar, blend 2-3 minit.
2. Tuang atas roti yg dh direndam dgn susu segar, taburkan badam/ coklat chips. (Ikut suka lah nk boh apa lagi atasnya)
3. Bakar dgn suhu 200c selama 40 -59 minit @ sehingga atas puding bertukar kuning keemasan.
4. Dah masak biarkan sejuk & masukkan ke dlm peti ais. (Sedap dimakan sejuk)

Sos kastard:

1 tin susu cair
5 sudu gula (ikut citarasa masing2)
2 sudu tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)

1. Didihkan susu cair & gula
2. Masukkan tepung kastard yg telah dibancuh
3. Kacau hingga mendidih.

This amazing recipe is by @zam_cutiechoco