Refreshing Puding Sago!

Puding Sago Fruity Tutty
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/2 cawan sago kecil
1 liter air
1/3 cawan jagung tin (whole kernel)

Sirap Gula
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan

Satukan gula pasir, air dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Biarkan sejuk.

Sos Santan
1 cawan santan pekat (kotak)
1/4 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung beras

Satukan santan, air, garam dan tepung beras. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga nampak pekat.

Sejukkan dahulu.

Buah-buahan pilihan : Cantalope, melon, tembikai, pisang, kiwi, manga, blueberry, buah naga, nangka - potong atau scoop

Cara-cara :
Cuci sagu dan toskan. Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sagu. Masak hingga sagu menjadi jernih.
Angkat dan toskan ke dalam penapis.

Kemudian alirkan air paip ke atas sagu dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang.

Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dengan jagung.

Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Simpan di dalam peti sejuk.

Penyediaan Puding :

Sudukan sago ke dalam mangkuk atau gelas, tuang sedikit sirap gula dan santan.

Kemudian hias dengan buah-buahan pilihan.

Boleh tambah ketulan ais jika suka.

#dessert
#puding
#resipicitarasawan
@myheromarket
#cookingwithhero
#myheromarket

This amazing recipe is by @kakwan_ct on Instagram!