Sambal Ikan Bilis Petai

Buat penggemar petai, kami tampilkan resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai yang sememangnya membuka selera. Resipi sedap dan mudah untuk semua :)

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk isi petai
  • 2 gengam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar, dihiris kasar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Pati air asam jawa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • 1 biji bawang besar, dihirisbulat untuk di akhir masakan

Bahan untuk kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 inci halia
  • Secubit belacan

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis separuh masakdan ketepikan.
  2. Gunakkanminyak yang sama untuk tumis bawang besar (yang dihiris kasar) sehingga layu untuk menambahkan rasa manis di dalam sambal.
  3. Masukkan bahan kisar halus dan kacau perlahan sehinga pecah minyak dan warna sambal bertukar merah gelap. Tambah sedikit air jika kering.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.
  5. Seterusnya, masukkan ikan bilis goreng, isi petai dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk makan!